the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah ulangi pendirian layak Olimpik bukan tiket masuk RTG

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengulangi pendirian bahawa tidak semua atlet yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik akan dimasukkan dalam program Road To Gold (RTG).

Hannah berkata semua atlet mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Program Podium dan mereka berada dalam RTG adalah yang menghuni kelompok 10 terbaik dunia atau berpeluang mendapatkan pingat emas.

“Dalam RTG mereka (atlet) ada sokongan asas Podium yang kita bagi kepada semua yang layak ke Olimpik.

“Tetapi untuk RTG kita mendengar apa lagi perkhidmatan tambahan yang boleh memperkasakan lagi peluang mereka mendapatkan emas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras di sini hari ini.

Pada masa sama, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa membuka pintu untuk bertemu dengan mana-mana atlet yang berjaya layak ke Sukan Olimpik termasuk pelumba berbasikal lebuh raya wanita Nur Aisyah Mohamad Zubir.

“Pintu kita sentiasa terbuka dan semua persatuan sukan tahu mereka ada akses kepada MSN. Cuma sukar untuk saya respons setiap kali atlet layak ke Olimpik, kerana proses kelayakan sedang berjalan tapi memang kita sebaik mungkin, kalau kita ada peluang, kita akan pergi berjumpa (atlet),” katanya.

Terdahulu, Nur Aisyah menjadi pelumba berbasikal lebuh raya wanita pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024 berdasarkan ranking dan prestasinya yang konsisten.

Dalam pada itu, berhubung pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Hannah berkata ia adalah perkara paling asas untuk melindungi atlet.

“Butiran mengenai perkara ini Ketua Pengarah MSN sedang teliti dengan KWSP dan Perkeso, sesi libat urus telah berjalan semalam. Saya percaya yang kita komited nak Januari nanti (tahun depan) perlindungan ini akan bermula untuk atlet Progam Podium kita,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hannah berkata KBS bersama MSN sedang meneliti semula skim gaji jurulatih negara dalam usaha menarik minat jurulatih tempatan termasuk yang bekerja di luar untuk kembali menabur bakti di tanah air.

“Mungkin kalau kita ada skim lebih menarik, saya percaya hati mereka akan beri keutamaan kepada negara sendiri, iaitu Malaysia…kalau tidak, kita hilang ramai jurulatih terutamanya dalam gimnastik yang berkhidmat di Singapura.

“Mereka dilatih di sini kemudian diserap ke sana. Itu yang kita tak nak, kita pastikan bakat kita di sini untuk bantu atlet Malaysia,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings