the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kos input ternakan antara faktor pengaruhi harga ayam: Nanta

KUALA LUMPUR: Paras harga ayam secara umumnya dipengaruhi banyak faktor termasuk kos input ternakan khususnya komponen makanan yang diimport seperti kacang soya dan jagung yang turut dipengaruhi kadar pertukaran asing serta harga pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi(gambar) berkata selain itu harga ayam di pasaran turut dipengaruhi permintaan dan penawaran dalam keadaan sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan telah dibuka.

“Apabila meningkatnya permintaan dari pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam permintaan dan penawaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai usaha dan perancangan kementerian itu untuk menurunkan harga runcit ayam memandangkan harga pada masa kini agak tidak munasabah dan dikhuatiri membebankan rakyat.

Nanta berkata KPDNHEP sentiasa menjalankan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan kestabilan harga ayam supaya ia tidak membebankan pengusaha dan pengguna.

Sementara itu beberapa kaedah dilaksanakan antaranya pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit agar tiada aktiviti pencatutan harga, di samping kekal menjalankan perniagaan secara beretika.

Beliau berkata selain itu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran secara terus ke kawasan yang terlibat dengan aduan kenaikan harga, dan sesi libat urus bersama penternak dan peladang ayam diadakan.

Nanta berkata kerajaan juga sedang meneliti cadangan antaranya kemudahan ‘soft loan’ kepada golongan penternak dan peladang ayam bagi membantu kos operasi perniagaan selain menstabilkan harga ayam di pasaran.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings