the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

12 terbunuh, 7 cedera dalam nahas bas di Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di sebuah lebuh raya di Pulau Jawa pada Jumaat, menurut Polis Jawa Barat.

Jurucakap Komisioner Kanan Ibrahim Tompo berkata tiga mayat lelaki dan sembilan mayat wanita dibawa ke hospital di Purwakarta manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan.

Insiden itu mengakibatkan keseluruhan lorong di susur keluar persimpangan Tol Cipali terhalang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu.

Ibrahim berkata pemandu bas itu yang hanya cedera ringan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut polis, bas yang membawa 20 penumpang dari arah Cirebon ke Jakarta itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbalik. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings