the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina: Guru wanita cabul pelajar direhatkan

NIBONG TEBAL: Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ketika ini kami (KPM) mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Buka Puasa bersama Ahli Parlimen Nibong Tebal di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini malam ini.

Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menyampaikan sumbangan kepada 21 buah masjid dan 56 buah surau, membabitkan peruntukkan RM140,000.

Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings