the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jakim komited proses Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 30 hari

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) komited memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diproses dalam tempoh 30 hari, dengan keutamaan pada masa ini diberikan kepada permohonan yang berkaitan Bufet Ramadan.

Jakim dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendengar rungutan berbangkit, khususnya pihak pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan, dan para pengusaha ketika ini masih mempunyai masa selama dua bulan sebelum ketibaan Ramadan.

“Hebahan dibuat dengan tujuan untuk menarik perhatian, dan menyeru pihak berkaitan supaya membuat persediaan sewajarnya lebih awal,“ menurut kenyataan itu.

Jakim berkata pihaknya akan menganjurkan program Halal on Track: Ramadan bagi memberikan pendedahan dan galakan kepada para pengusaha juadah sempena Ramadan seperti usahawan hotel, restoran, katering dan peniaga bazar Ramadan untuk membuat permohonan SPHM.

Menurutnya melalui program itu pengusaha boleh mendapatkan khidmat perunding halal secara langsung daripada Jakim, katanya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin.

Beliau berkata mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki SPHM adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings