the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tidak rasmi: Muhamad Akmal menang Ketua Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh (gambar) memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno bagi sesi 2023-2026.

Menurut keputusan tidak rasmi Pemilihan Umno 2023 peringkat sayap yang dipaparkan menerusi Umno Online setakat 12.30 tengah malam ini Dr Muhamad Akmal, 32, dilihat meninggalkan jauh tiga lagi pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Twitternya malam ini turut mengucapkan tahniah kepada Dr Muhamad Akmal dan berharap beliau dapat memimpin Pemuda Umno ke arah yang lebih hebat.

“Moga beliau akan berjaya mendekati anak muda dan membawa mereka ke mercu jaya,” katanya yang memuat naik sekeping gambar bersama Adun Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka itu.

Terdahulu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak mempertahankan jawatan itu, memaklumkan Dr Muhamad Akmal memperoleh undi 102 Bahagian iaitu melepasi 96 undi untuk memperoleh majoriti mudah daripada 191 Bahagian.

“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Muhamad Akmal berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno untuk sesi 2023-2026,” katanya menerusi laman Facebook.

Dr Muhamad Akmal, yang memiliki Ijazah Perubatan daripada Russian State Medical University, merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Melaka sejak 2018.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula mendahului pesaingnya apabila mengumpul 48 undi setakat jam 12.30 tengah malam ini, meninggalkan Tan Sri Shahrizat Abd Jalil yang mendapat 32 undi.

Bagi jawatan Ketua Puteri Umno, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mendahului dengan memperoleh 51 undi berbanding pencabarnya yang lain iaitu Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang mendapat 25 undi setakat ini.

Empat lagi pencabar iaitu Exco Puteri Umno, Dr Masliha Harun memperoleh 11 undi, Ketua Puteri Umno Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin (dua undi), Exco Puteri Umno, Fadwah Anuwar (lapan undi) dan Setiausaha Puteri parti, Nurul Hazwani Haslan (tujuh undi).

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.

Pemilihan Umno akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings