the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zahid sanggah spekulasi hidap kanser, letak jawatan Presiden Umno

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno.

Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas merasmikan peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini hari ini berkata beliau menjalani pembedahan prostat baru-baru ini dan telah kembali sihat.

Ketika diminta mengulas spekulasi beliau menghidap kanser dan akan meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata : “Saya sendiri pun tidak tahu akan melakukan perkara itu (letak jawatan) dan saya memang ada menjalani pembedahan prostat.

“Janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan khabar angin yang mengatakan Ahmad Zahid akan melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno kepada bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana masalah kesihatan.

Ahmad Zahid kembali bertugas pada Jumaat lepas (1 Dis) serta menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Pada 19 Nov lepas, anak sulung Timbalan Perdana Menteri Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 Dis.

Mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kemenangan PAS di Kemaman tidak boleh dianggap sebagai referendum rakyat.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman. Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum? Jadi kita harap mereka tidak bermimpi di siang hari,” katanya.

Ahmad Zahid berkata tidak ada peningkatan sokongan kepada calon PAS dalam PRK Kemaman itu, serta dalam masa yang sama pengundi putih BN iaitu kira-kira 10,000 orang tidak keluar mengundi.

Semalam, PAS mengekalkan kerusi Parlimen Kemaman selepas calonnya iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi PRK berkenaan dengan majoriti 37,220, setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Susulan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata kemenangan Ahmad Samsuri membuktikan referendum rakyat berpihak kepada kepimpinannya dan gabungan Perikatan Nasional (PN). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings