the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidi bersara selepas 36 tahun bersama PDRM

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Aidi Ismail hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menabur bakti selama 36 tahun, susulan persaraan wajibnya Januari ini.

Majlis Paluan Berundur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini, yang dihadiri pegawai kanan dan isteri masing-masing adalah simbolik penghormatan terakhir buat Aidi yang hadir ditemani isterinya, Datin Seri Raja Asaudat Raja Muda.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis yang bermula pada 5 petang itu, diserikan dengan persembahan Pancaragam Pusat PDRM dengan Aidi diberi penghormatan memimpin persembahan, diikuti deklamasi sajak bertajuk ‘Perwiraku’ oleh Ketua JPJKK Melaka ACP Foo Chek Seng.

Menyingkap sejarah perkhidmatan Aidi dalam pasukan polis, anak jati kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), memulakan kariernya selepas menamatkan latihan asas kepolisan di Pulapol Kuala Lumpur pada 1989 sebagai Kadet ASP.

Beliau kemudiannya memegang pelbagai jawatan di Jabatan Logistik di Bukit Aman dan Kontinjen sebelum mengambil keputusan menyambung pengajian dalam Sarjana Sains (Operasi dan Pengurusan Rantaian Bekalan) di Liverpool University, United Kingdom pada 2003.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu turut diberikan amanah menggalas beberapa jawatan penting di jabatan sama termasuk sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur dari 2013 hingga 2015 dengan pangkat SAC.

Aidi kemudiannya kembali ke Jabatan Logistik dan Teknologi sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) pada 2015 dengan pangkat DCP sebelum mengetuai kontinjen Terengganu pada 2017 hingga 2020, seterusnya dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak bermula Februari 2020 hingga Februari 2022.

Pada 23 Feb 2023, Aidi dilantik sebagai Pengarah JPJKK bagi mengisi kekosongan Datuk Ramli Din yang bersara wajib. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings