the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gerai roti canai popular di Jalan Transfer diarah tutup dua minggu

GEORGE TOWN: Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, di sini yang sebelum ini tular kerana cara penyediaannya tidak bersih diarah tutup selama dua minggu kerana tidak menepati piawaian kebersihan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengerusi Jawatankuasa Agro-Tech dan Keselamatan Makanan, Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata gerai itu diarah tutup bermula hari ini dan notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Notis penutupan itu dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di sini, selepas melakukan pemeriksaan di gerai tersebut pada jam 10 pagi ini,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pegawai penguatkuasa BKKM yang menjalankan pemeriksaan itu turut mengeluarkan kompaun RM500 ke atas gerai itu kerana tidak menyediakan persekitaran yang bersih kepada pelanggan ketika diperiksa.

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan penebar roti canai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

Ekoran video itu, warga net mengecam tindakan pekerja tersebut kerana tidak menjaga kebersihan kedai apabila hanya membiarkan sahaja telur yang pecah di dalam bekas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings