the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Bidaan siri GOLD sempena jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dibuka 1 Feb

PUTRAJAYA: Bidaan bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 Feb hingga 5 Feb ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan itu boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid bagi orang awam dan keputusan akan diumumkan pada 6 Feb.

“NPI ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Feb bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 Feb pukul 10 malam.

“Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang telah ditetapkan iaitu bagi nombor bernilai utama bermula RM20,000, nombor menarik bermula RM3,000, nombor popular bermula RM800 manakala nombor biasa bermula RM300,” katanya dalam sidang media NPI hari ini.

Loke berkata penawaran melalui Sistem JPJeBid ini juga merupakan usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan pendigitalan sepenuhnya.

Tambahnya bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI kelak akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada MOT.

“MOT akan gunakan dana ini untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan pemegang taruh di bawah MOT, antaranya bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FLYsiswa.

“Selain itu, kami juga akan laksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi semua pemandu teksi seluruh negara sejurus selepas dapat hasil bidaan NPI siri GOLD ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata perincian mengenai caruman PERKESO itu akan diumumkan kemudian selepas memperoleh hasil bidaan NPI siri GOLD ini.

“Rekod yang pernah kami dapat paling tinggi adalah bidaan bagi siri FF iaitu sebanyak RM35 juta. Saya rasa bagi siri GOLD ini lebih ramai peminatnya, jadi kami perkenalkan siri ini bertepatan dengan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan dan berharap hasilnya akan melebihi hasil siri FF,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata pelbagai inisiatif yang diperkenalkan MOT dengan hasil kutipan bidaan telah banyak membantu rakyat antaranya bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan berharga RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Inisiatif ini dilaksanakan pada sambutan Krismas tahun lepas yang telah memanfaatkan seramai 6,369 penumpang. Jumlah subsidi yang kerajaan tanggung bagi inisiatif ini sebanyak RM2.7 juta dengan purata subsidi bagi setiap tiket sebanyak RM429. Inisiatif ini akan diteruskan untuk Tahun Baharu Cina dan Hari Raya kelak.

“Selain itu, inisiatif tambang percuma KTM komuter sempena sambutan Thaipusam selama 48 jam telah beri manfaat kepada 300,325 penumpang yang semuanya menghala ke Batu Caves,” katanya.

Tambahnya meskipun terdapat sedikit kelemahan disebabkan terdapat kejadian pokok tumbang menyebabkan berlakunya kelewatan tren dan frekuensi terjejas namun ia akan terus ditambah baik pada masa akan datang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings