the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: ZIM perlu keluarkan 4,000 kontena yang terkandas dalam masa terdekat

PUTRAJAYA: Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, perlu mengeluarkan 4,000 kontena kargo transit yang masih terkandas di negara ini terutama di Pelabuhan Klang dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (gambar) berkata ia susulan keputusan Kerajaan Malaysia semalam untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat itu daripada memasuki mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

“Kesemua kontena tersebut dikendalikan oleh ZIM. Jadi apabila kita ambil tindakan ini… maka syarikat perkapalan ini perlu hubungi syarikat perkapalan lain supaya angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk ke destinasi seterusnya,” kata beliau.

Loke berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata ZIM akan diberi sedikit masa untuk menguruskan kesemua kontena yang terkandas itu memandangkan ia melibatkan pelbagai destinasi.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel memasuki negara ini berkuat kuasa serta-merta selain melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings