the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia hargai komitmen Jepun dalam TVET, halal dan pengurusan bencana

OSAKA: Malaysia menghargai komitmen Jepun terhadap kerjasama yang diberikan selepas peningkatan hubungan kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), pada Disember lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sepanjang lawatan kerja tujuh hari beliau ke negara ‘Matahari Terbit’ itu, Jepun memberikan pelbagai input kepada Malaysia dalam bidang seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), sektor halal dan sistem pengurusan bencana.

“Saya lakukan tindakan susulan hanya kira-kira sebulan setengah daripada lawatan Perdana Menteri ke Jepun. Mereka amat menghargai lawatan susulan yang saya lakukan ini dengan beberapa tindakan dalam bidang halal, TVET dan sistem pengurusan bencana.

“Apa yang lebih penting, kita mendapati komitmen daripada kerajaan Jepun hasil lawatan Perdana Menteri pada Disember lalu, bagi mempertingkatkan hubungan diplomatik Malaysia kepada CSP,” katanya kepada media Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja beliau ke Tokyo dan Osaka, hari ini.

Semasa lawatan kerja ke Jepun pada Disember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Fumio Kishida mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.

Ahmad Zahid berkata banyak ilmu dan perkara diperoleh hasil lawatan kerja ke Jepun dalam bidang TVET, kerana Jepun yang mempunyai institusi pendidikan berintegrasikan TVET sejak 35 tahun lepas, berjaya melahirkan pelajar yang berjaya dalam sektor berkenaan.

“Kita lihat Jepun terlalu maju, mereka mempunya institusi KOSEN berintegrasikan sistem TVET dan mereka jadikannya sebagai institusi profesional…di Jepun TVET bukan pilihan kedua tetapi pilihan pertama,” katanya yang Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan wakil institusi pendidikan tinggi, mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN), bagi mempelajari Model KOSEN.

Model KOSEN menekankan konsep pembelajaran TVET lebih menyeluruh dan terangkum, dengan menyediakan laluan pembelajaran selama lima tahun kepada pelajar yang cenderung memilih bidang itu seawal usia 15 tahun.

Ahmad Zahid berkata kerajaan juga berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengikuti pengajian di Jepun dalam bidang TVET, selaras dengan hasrat memperkasa sektor TVET tempatan.

“Ini kerana kita mendapat tawaran kepada pelajar-pelajar kita melanjutkan pelajaran di sini terutama daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN), selain pertukaran pelajar Jepun ke Malaysia,” katanya.

Rangkaian MTUN merupakan gabungan empat universiti berasaskan teknikal iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Semasa di Osaka, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut menyaksikan majlis menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara Halal Development Corporation Berhad (HDC) dengan dua entiti di Jepun dalam sektor halal.

Kerjasama itu juga sekali gus dapat meningkatkan hubungan dagangan dua hala antara kedua-dua negara dalam industri halal.

Ahmad Zahid, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus dan delegasi Malaysia, turut diberikan diberikan taklimat mengenai pengurusan bencana dalam kunjungan ke Osaka.

Lawatan kerja itu merupakan kunjungan sulung Ahmad Zahid ke Jepun sejak pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI pada Disember 2022. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings