the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terserah pada MT Umno tangguh atau laksana pemilihan parti – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno boleh memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini atau menangguhkannya sehingga tempoh 18 bulan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata mengikut perlembangaan parti, pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun selepas tempoh matang kepimpinan parti tamat.

“Mengikut perlembagaan Umno, penangguhan dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan oleh MT. Tempoh matang bagi kepimpinan Umno sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021, namun terserah kepada MT jika mahu tangguhkan pemilihan,“ katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pharmaniaga Bhd dan Universti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Pemilihan UMNO 2021 sepatutnya diadakan tahun ini, namun terus menjadi tanda tanya apabila terdapat dua pandangan dalam kalangan kepimpinan parti yang mahu ia ditangguhkan dan yang menggesa dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Februari lepas, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini namun beliau tidak menetapkan tarikh pemilihan parti akan berlangsung. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings