the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemandu dan kelindan treler maut tercampak dari lebuhraya SPE

Seorang pemandu treler dan kelindannya maut selepas kenderaan mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu treler dan kelindannya maut selepas tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).

Insiden berlaku malam tadi selepas treler itu terbabas dan merempuh penghadang jalan berhampiran Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 8.55 malam.

Sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digerakkan ke lokasi.

“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nur Zahela Mohamad Zainal telah memaklumkan setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah treler telah melanggar batu penghadang konkrit lebuh raya,” menurut kenyataan PGO.

Perlanggaran itu mengakibatkan dua lelaki warga tempatan iaitu pemandu dan kelindan tercampak ke bawah lebuh raya.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SBS Nexus debuts flat on ACE Market, raises RM30.6 million from IPO

SBS Nexus Bhd executive director cum chief operating officer Warren Cheng (third from left), SBS MD and CEO Wong Chun Mun (fifth from left, hitting the going), SBS independent non-executive chairman Datuk Seri H’ng Bak Tee (sixth from left, hitting the gong), with other board of directors and dignitaries at the listing today.
spot_img

Popular Categories