Wednesday, October 29, 2025
31.4 C
Malaysia
spot_img

PM Anwar ucap takziah pemergian konduktor Mohd Yazid Zakaria

Bernama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ucap takziah pemergian konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Mohd Yazid Zakaria, sebut kehilangan besar.

KUALA LUMPUR: Pemergian Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya Mohd Yazid Zakaria yang meninggal dunia hari ini merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Allahyarham bukan hanya seorang konduktor berbakat tetapi merupakan insan seni berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan hati dan memperindah jiwa bangsa.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Yazid.

“Menerima khabar duka, pemergian Mohd Yazid Konduktor Orkestra Tradisional, insan yang bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN baru-baru ini,” katanya dalam catatan itu. 

Anwar turut merakamkan penghargaan atas segala sumbangan serta khidmat bakti Allahyarham dalam mengangkat martabat muzik tradisional negara.

“Dedikasinya akan terus dikenang dan menjadi sumber inspirasi buat generasi mendatang.

“Saya turut dimaklumkan bahawa anakanda Allahyarham bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 November ini. Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BACA: Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga prebet Muhammad Irfan Haiqal

Related

spot_img

Latest

Arrow Electronics Supports EMASS in Driving Ultra-Low-Power Edge AI Technology with ECS-DoT SoC

Arrow Electronics and EMASS — a global provider of technology solutions, and an edge-AI-focused-semiconductor developer, respectively — have announced a collaboration to accelerate the deployment of ultra-low-power edge AI solutions across wearables, industrial IoT and smart sensing devices, using EMASS's ECS-DoT System on Chip (SoC).

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img