Wednesday, October 29, 2025
26.8 C
Malaysia
spot_img

Siasatan SPRM terhadap menantu Muhyiddin selesai, tunggu pertuduhan

The Sun Webdesk

SPRM selesai siasatan terhadap menantu Muhyiddin, tunggu proses pertuduhan mahkamah, sedang jejaki aset luar negara dan lokasi sebenar.

SUBANG JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan telah selesai dan kini menunggu proses pertuduhan di mahkamah.

Muhammad Adlan merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya telah selesai merakam percakapan semua saksi bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan projek di sebuah kementerian.

“Satu-satunya perkara yang tinggal adalah kami mahu dia kembali kerana semua saksi telah dirakam percakapan, kami mahu mendakwa dia dan juga peguam terbabit,” katanya selepas Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah ke-21 di sini.

Azam berkata pihaknya sedang menjejaki aset milik Muhammad Adlan di luar negara namun mengakui proses itu mengambil masa dan tidak mudah.

Beliau berkata siasatan terhadap aset yang dikenal pasti hanya akan diteruskan sekiranya ia mempunyai kaitan langsung dengan kes yang sedang disiasat.

“Setakat ini, kami tiada jawapan sama ada dia menggunakan proksi atau tidak, itu di luar pengetahuan kami tetapi kami percaya dia mempunyai aset di luar negara,” katanya.

Azam berkata pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi mengesan lokasi sebenar Muhammad Adlan.

Pasport Muhammad Adlan telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen dan kemungkinan dia bergerak ke luar negara menggunakan dokumen perjalanan lain.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang mengesan Muhammad Adlan dan peguam Mansoor Saat bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Mengenai mesyuarat ASEAN-PAC, Azam berkata ia memberi peluang kepada Malaysia khususnya SPRM untuk memainkan peranan utama dalam memperkukuh usaha membina integriti, ketelusan dan tadbir urus baik di rantau ini.

Beliau berkata Malaysia akan terus mengetuai ASEAN-PAC sehingga November tahun depan sebelum menyerahkan jawatan pengerusi kepada Myanmar.

Fokus diberikan terhadap usaha membina generasi belia bebas rasuah sebagai pemimpin masa depan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Invitation to MCKL Open Day – your degree pathway starts with us

Join Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) for its Open Day on 21–22 November 2025 at both Kuala Lumpur and Penang campuses. Explore study pathways, meet lecturers, and discover scholarship opportunities to kickstart your academic journey.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img