the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan – Loke

PUTRAJAYA: DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke (gambar).

Beliau berkata sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan pemimpin politik, tiada masalah bagi anggota parti itu mengikut perubahan berkenaan dan mereka bersedia berkorban bagi mendepani cabaran besar terhadap kewangan negara.

“Soal pencen itu kita tidak ada masalah, DAP akan bersama-sama dengan kerajaan dalam membuat perubahan ini kerana perubahan yang kita kena buat ini adalah disebabkan cabaran besar kepada kewangan negara.

“Saya yakin ini satu semangat yang kita akan bawa dalam parti dan kerajaan kerana apabila kita buat sebarang perubahan, sudah tentu sebagai pemimpin politik kita kena tunjuk contoh dan teladan yang baik,” kata Menteri Pengangkutan itu pada Sidang Media Nombor Pendaftaran Istimewa di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata wakil rakyat yang menerima lebih daripada satu skim pencen memiliki tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu skim pencen.

Perkara itu juga susulan pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pengambilan penjawat awam baharu secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar pengambilan baharu secara tetap tetapi tidak berpencen.

Dalam pada itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata Akta Saraan Ahli Parlimen dan enakmen di setiap Dewan Undangan Negeri perlu dipinda bagi tujuan itu.

“Contohnya macam saya, saya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)….ADUN ada pencen di bawah negeri, bukan dari Persekutuan.

“Jadi kalau dalam keadaan di mana seseorang itu ada pelbagai kapasiti, mungkin kena ada pindaan undang-undang untuk hadkan seseorang itu hanya layak terima satu pencen,” kata ADUN Chennah itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings