the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

SPRM tahan lagi pegawai tinggi ATM dalam kes rasuah tender

SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM bagi membantu siasatan kes rasuah, susulan tahanan ke atas bekas Panglima Tentera Darat.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai berkenaan ditahan pada 11 pagi dan sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata seorang bekas Panglima Tentera Darat yang sebelum ini direman telah dibebaskan pada Isnin lepas selepas tempoh reman tamat.

“SPRM akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai kes (kedua-dua pegawai) berkenaan dalam sidang media yang dijadualkan berlangsung esok (Khamis),” katanya.

Semalam, Azam memaklumkan permohonan lanjutan reman terhadap bekas PTD itu akan dibuat berdasarkan keperluan siasatan semasa.

SPRM sebelum ini telah menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta susulan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur.

Aset itu dipercayai milik isteri kedua kepada bekas pegawai tertinggi tentera darat.

Pada 23 Disember lepas, SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Related

spot_img

Latest

Scammers swindle nearly RM190,000 from two victims in Terengganu

Two separate scams in Terengganu cost victims nearly RM190,000, with a civil servant losing RM119,000 to a phone scam and a housewife losing RM70,731 to a fake job scheme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories