the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Joao Figueiredo perkukuh jentera serangan JDT

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkukuh jentera serangan bagi musim 2025 dengan membawa masuk penyerang warisan kebangsaan Joao Figueiredo.

Perkembangan itu diumumkan menerusi media sosial rasmi kelab hari ini, yang turut memaparkan pemain kelahiran Brazil itu menyarung jersi nombor 25 bersama skuad Harimau Selatan.

“Joao Figueiredo membawa komitmen dan semangat juangnya ke Johor Darul Ta’zim FC. Beliau kini menjadikan Johor sebagai rumah baharunya bersama Southern Tigers,” menurut kenyataan kelab.

Figueiredo, 29, menyertai JDT selepas mencatat tujuh jaringan dan dua bantuan gol bersama Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Super Turki musim lalu.

Pemain naturalisasi itu turut melakukan penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya pada 10 Jun lepas, dan berjaya membuka tirai jaringan ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penyertaannya menjadikan beliau pemain warisan ketiga yang menyertai JDT musim ini selepas pemain tengah Belanda-Malaysia, Hector Hevel dan pertahanan Sepanyol-Malaysia, Jon Irazabal, sekali gus menambah variasi taktikal dalam perancangan pasukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings