Your Title

BARU-BARU ini beberapa laporan mengenai penampakan buaya yang mengejutkan sejak kebelakangan ini iaitu di sekitar Sungai Klang dan Pantai Cermin beberapa minggu lalu.

Hari ini, satu lagi penampakan buaya disahkan berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

Sebuah video di laman X oleh @sangratu18 menunjukkan reptilia itu di sungai di bawah jambatan KL Eco City dirakam dari kompleks membeli-belah MidValley.

“Selalunya nampak biawak sahaja.

“Hari ini upgrade sikit,” kapsyen hantaran X tersebut.

Terdapat beberapa respon di ruangan komen menunjukkan gambar orang ramai berkumpul di sekitar kawasan tersebut kerana kehadiran reptilia itu merupakan kejadian yang jarang berlaku.

Gambar yang dipaparkan di ruangan komen oleh pengguna @qyqiyyy itu, menunjukkan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkumpul di sekitar kawasan di mana reptilia itu berada.