the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyeludupan kekal cabaran utama walaupun pangkalan haram ditutup

KOTA BHARU: Meskipun penutupan pangkalan haram di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand telah dilaksanakan, namun aktiviti penyeludupan masih menjadi cabaran utama, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata isu penutupan pangkalan haram itu akan dibincangkan bersama pihak berkuasa Thailand dalam mesyuarat terdekat bagi mencari penyelesaian bersama.

“Penutupan itu melibatkan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di empat daerah bersempadan dengan Thailand, iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah, yang selama ini menjadi laluan utama keluar masuk tidak sah,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri Kelantan di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Yusoff berkata polis bersama agensi keselamatan lain merancang merobohkan jeti haram di sempadan bagi mengekang penyeludupan serta pergerakan tidak sah kerana kemudahan itu sering digunakan untuk membawa pelbagai jenis barangan.

Mengenai mesyuarat itu, beliau berkata mesyuarat kali ini turut membincangkan isu tangkapan di sempadan termasuk kes penyeludupan lembu, kelapa dan barangan lain yang masih berlaku.

“Walaupun banyak tangkapan berjaya dibuat agensi penguat kuasa, khususnya Pasukan Gerakan Am, penyelesaian jangka panjang masih belum dicapai,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings