the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Rakyat lulus RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 yang bertujuan memperluas akses kepada keadilan serta menstruktur semula sistem bantuan guaman sedia ada supaya lebih cekap dan menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU itu akan memodenkan kerangka perundangan dengan merangkumi bantuan guaman sivil dan syariah, pengantaraan serta pendampingan guaman bagi kes melibatkan kanak-kanak.

Beliau berkata menerusi undang-undang baharu itu, sistem bantuan guaman dan pembelaan awam akan menjadi lebih inklusif termasuk khidmat nasihat guaman secara elektronik (dalam talian).

“Kita tak nak situasi, selalunya dalam kes-kes yang berlaku untuk bantuan guaman, dah lah mereka tak mampu nak dapatkan peguam, nak pergi jumpa peguam pun kadang-kadang tak mampu.

“… sekurang-kurangnya dalam perkara ini, mereka juga boleh menggunakan servis ini (nasihat guaman secara elektronik), yang bagi saya sesuatu yang baik bagi rakyat,“ kata beliau ketika menggulung perbahasan RUU itu.

Azalina berkata menerusi RUU itu, fungsi khidmat bantuan guaman YBGK akan diambil alih Jabatan Bantuan Guaman (JBG) menerusi Ketua Pembelaan Awam dan kerajaan akan menyelesaikan bayaran hutang kepada peguam-peguam yang telah memberikan perkhidmatan di bawah YBGK.

RUU berkenaan bertujuan memansuhkan Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) dengan cadangan untuk menaik taraf khidmat bantuan guaman dalam prosiding jenayah dengan menamakannya semula sebagai khidmat pembelaan awam.

RUU itu juga bagi memperkenalkan dua nama jawatan baharu, iaitu Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings