the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan adakan pemukiman khas selaras SOP tangani buli secara menyeluruh

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan pemukiman khas dalam masa terdekat bagi menyelaras prosedur operasi standard (SOP) mengatasi kes buli secara menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa langkah ini diambil susulan pindaan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa Julai lepas.

Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata ia susulan pindaan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang berkuat kuasa Julai lepas, yang secara jelas mengkategorikan buli sebagai satu jenakah.

“Oleh itu, SOP dan beberapa perkara berkaitan perlu difahami oleh semua institusi,“ katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Antara kementerian dan agensi yang terlibat termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Fahmi berkata antara kementerian dan agensi yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan yang menguruskan maktab tentera, Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) khususnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia serta dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Penyelarasan SOP diperlukan kerana wujudnya pendekatan berbeza dalam menangani kes buli di kalangan agensi-agensi terbabit.

Beliau berkata penyelarasan itu perlu dilakukan kerana wujud SOP berbeza bagi mengatasi kes buli dalam kalangan agensi-agensi berkenaan.

“Di satu institusi mungkin caranya begini… di institusi lain pula caranya berbeza… namun, daripada aspek pendakwaan dan keselamatan, ia akan melibatkan banyak pihak maka satu pemukiman akan diadakan dalam masa terdekat,“ katanya.

Jemaah Menteri juga telah menerima pembentangan cadangan menubuhkan tribunal kes buli kanak-kanak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Fahmi berkata Jemaah Menteri hari ini menerima pembentangan cadangan menubuhkan tribunal kes buli kanak-kanak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina meminta sedikit masa untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri.

“Tetapi beliau meminta sedikit masa untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan sebelum dibentangkan semula kepada Jemaah Menteri,“ katanya.

Kes buli pada masa ini ditangani melalui pelbagai akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Talian, Akta Antigangguan Seksual, undang-undang buruh serta beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan.

Kes berkaitan buli pada masa ini ditangani melalui pelbagai akta antaranya Akta Keselamatan Dalam Talian, Akta Antigangguan Seksual, undang-undang buruh serta beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings