the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pejabat Sultan Selangor buat laporan polis akaun palsu guna imej Tengku Permaisuri

SHAH ALAM: Pejabat Sultan Selangor membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu di aplikasi TikTok yang didakwa memanipulasi serta menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut hantaran di Facebook rasmi Selangor Royal Office, akaun palsu berkenaan turut dikesan menggunakan gambar beberapa individu dan tokoh lain, dipercayai bagi tujuan penipuan (scam).

“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu seumpamanya di laman media sosial, selain sentiasa memastikan kesahihan maklumat sebelum mempercayainya bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” menurut hantaran itu.

Selangor Royal Office turut menasihatkan orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak pengendali aplikasi sekiranya mengesan akaun mencurigakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada Istana Selangor berhubung perkara berkenaan – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings