the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM Selangor tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran di perairan

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menahan sebuah kapal kargo kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan negeri ini.

Kapal kargo yang dikendalikan seorang nakhoda dan empat belas kru itu ditahan pada pukul dua belas tiga puluh tengah hari di kedudukan 0.6 batu nautika barat daya Sementa.

Kesemua mereka merupakan warga Indonesia yang berumur antara tiga puluh enam hingga lima puluh enam tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Nakhoda disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan nahkoda serta seorang jurutera kedua kapal telah dibawa ke Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Pengarah APMM Selangor Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata pihaknya memandang serius isu pematuhan undang-undang.

Tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya di Selangor sentiasa terpelihara.

Beliau menasihati pengusaha perkapalan atau pemilik kapal untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia.

Mereka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum melakukan sebarang aktiviti di perairan negara ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings