the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Kelantan rampas 2.8 juta batang rokok seludup bernilai RM2.25 juta

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Kelantan merampas sebanyak 2.8 juta batang rokok putih bernilai RM2.25 juta termasuk cukai dalam satu serbuan di Tumpat pada 5 Ogos.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pada 11.30 pagi itu dijalankan Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kota Bharu di sebuah rumah tanpa penghuni di Kampung Bendang Kerian hasil maklumat awam dan intipan selama dua minggu.

Beliau berkata ketika serbuan dilakukan rumah berkenaan berkunci dan pasukan operasi terpaksa memecahkan pintu sebelum menemukan 288 kotak rokok dipercayai barang larangan.

“Nilai rampasan rokok dianggarkan RM316,800 manakala jumlah cukai yang terlibat RM1.93 juta menjadikan keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM2.25 juta.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan rumah sewa sebagai stor penyimpanan rokok seludup dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Wan Jamal berkata rokok jenama baharu itu dipercayai diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram sebelum diedarkan kepada pelanggan bagi pasaran luar Kelantan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings