the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Erdogan zahir keprihatinan terhadap kesihatan Tun Dr Mahathir

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan tanya khabar dan doakan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan dengan PM Anwar Ibrahim.

ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menzahirkan keprihatinan terhadap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bertanyakan perkembangan kesihatan bekas perdana menteri itu ketika pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu apa yang telah disampaikan oleh doktor yang merawat Tun Mahathir.

BACA: Lawatan Anwar ke Turkiye eratkan hubungan dua hala dan ekonomi

“Sekiranya keadaan Tun Dr Mahathir mengizinkan, beliau (Erdogan) berhasrat untuk menghubungi sendiri bagi bertanyakan khabar dan mendoakan kesejahteraan Tun,” kata Anwar dalam sidang media.

Menurut Anwar, Erdogan turut menyampaikan salam serta doa agar Tun Mahathir dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari atas jemputan Erdogan.

Lawatan itu sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Tun Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Selasa selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Beliau disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan dan dijangka berada di hospital untuk beberapa minggu bagi rawatan dan pemantauan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings