the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia akan berusaha muktamadkan rundingan DEFA pada mesyuarat AEM – Tengku Zafrul

SINGAPURA: Malaysia akan berusaha memuktamadkan rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) pada bulan depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sebelum mesyuarat AEM yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Sept di Kuala Lumpur itu, para menteri akan bersidang pada mesyuarat khas DEFA pada 28 Ogos melalui sidang video, yang akan dipengerusikan oleh Tengku Zafrul.

“Kami akan memberi penekanan utama terhadap DEFA memandangkan ia penting bagi ASEAN, terutamanya Malaysia, kerana ia adalah salah satu daripada Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang akan dilaksanakan tahun ini.

“Berita baiknya adalah kami telah menyelesaikan rundingan untuk dua PED iaitu Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA), yang disasar untuk ditandatangani pada Oktober,” katanya kepada Bernama selepas menyertai sesi Bursa Malaysia Invest Malaysia sebagai sebahagian daripada Persidangan Macquarie ASEAN, di sini.

Tengku Zafrul berkata, DEFA, rangka kerja pertama seumpamanya dalam mana-mana rangka kerja serantau akan membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi sebahagian daripada ekosistem intra-perdagangan ASEAN yang lebih inklusif.

Menurutnya, daripada 18 PED itu, separuh daripadanya berada di bawah bidang kuasa AEM, dan yakin ia dapat dilaksanakan sebelum berakhirnya tempoh Kepengerusian ASEAN Malaysia .

Beliau berkata pasukannya berada di New Delhi minggu lepas untuk mengadakan rundingan mengenai Kajian Semula Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA), dan telah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kemajuan positif ke arah memuktamadkannya.

Menerusi ucaptamanya, Tengku Zafrul berkata Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, juga sedang menumpu untuk memanfaatkan kebolehlaburan yang lebih besar melalui pelaksanaan seperti penggunaan Garis Panduan Pelaburan Mampan ASEAN (ASIG) dan dengan memangkin akses kepada pembiayaan untuk peralihan yang adil dan daya tahan iklim di rantau ini.

Beliau berkata ASEAN juga sedang berusaha untuk menjadikan pasaran modalnya lebih mampan, terhubung, dan inklusif, serta mencapai kemajuan yang ketara, daripada mengembangkan instrumen kewangan hijau hinggalah kepada menarik pelaburan hijau.

“Memandangkan rantau ini terus melabur dalam infrastruktur mampan, sepanjang tahun kami sebagai Pengerusi, Malaysia juga berharap untuk membuka jalan kepada inisiatif khusus sektor, termasuk Pelan Hala Tuju Kenderaan Elektrik (EV) ASEAN, Pelan Tindakan Pembangunan Mineral, dan Rangka Kerja ASEAN untuk Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu,” katanya – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings