the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis buka kertas siasatan kes pergaduhan tular di Tumpat

KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah dobi di Pasir Pekan, Tumpat yang tular di Facebook pada 1.40 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata pihaknya menerima laporan pada 5.14 petang daripada seorang pegawai polis wanita yang bertugas di Balai Polis Wakaf Bharu selepas melihat klip video kejadian itu dimuat naik di laman Facebook ‘Kelantan Post’.

Beliau berkata semakan terhadap rakaman berdurasi 32 saat itu mendapati ia memaparkan pertengkaran mulut antara dua lelaki berusia awal 20-an sebelum berlaku pergelutan fizikal yang turut disaksikan orang awam berdekatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan berhubung kes berkenaan,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairi menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Nurul Safwan Mohd Zambre di talian 09-7257 222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video kejadian tanpa usul periksa bagi mengelakkan kekeliruan dan mengganggu proses siasatan – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings