the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong kurnia darjah DMIJ kepada panglima GGK, juruiring Pemangku Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Mej Jen Ahmad Shuhaimi Mat Wajab.

Seri Paduka Baginda turut mengurniakan DMIJ kepada Juruiring Pemangku Sultan Johor Kol Mohd Farid Azwanshah Sahar.

Darjah berkenaan membawa gelaran Dato’.

Majlis berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini dengan pengurniaan DMIJ disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Hadir sama, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman dan barisan Jumaah Majlis Diraja Johor. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings