the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kementerian Pendidikan kaji semula keperluan PT3 dan UPSR

Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan diaktifkan semula untuk kaji pelaksanaan PT3 dan UPSR, dapatan akan dibentang kepada Jemaah Menteri.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dapatan majlis tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

Beliau berkata kajian semula itu mengambil kira permintaan ibu bapa yang masih mahu peperiksaan berkenaan dipertimbangkan semula.

“Laporan kaji selidik dan sebarang dapatan akan dikemukakan kepada Kabinet untuk diputuskan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu kementerian itu.

Fadhlina berkata kajian tersebut akan segera dilaksanakan dalam masa terdekat.

UPSR dimansuhkan pada 2021 manakala PT3 dimansuhkan pada 2022 sebelum kedua-duanya digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories