the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam lelaki direman bantu siasatan kes merusuh di Melaka Raya

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Mahkamah Ayer Keroh reman enam lelaki bagi siasatan kes merusuh di Melaka Raya, disiasat di bawah Akta Senjata dan Kanun Keseksaan.

MELAKA: Mahkamah Majistret Ayer Keroh mengeluarkan perintah reman terhadap enam lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh di Melaka Raya.

Majistret N Sivashangari mengeluarkan perintah reman terhadap suspek yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu.

Seorang suspek direman selama empat hari manakala lima lagi direman sehari bermula hari ini.

BACA: Enam lelaki ditahan bantu siasatan rusuhan di Melaka Raya

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki serta mengimport senjata tiruan.

Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 147 kanun sama iaitu merusuh.

Polis menahan enam lelaki semalam kerana merusuh yang dipercayai berpunca daripada provokasi dan salah faham. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings