the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kelantan akui hutang AKSB RM61 juta kepada TNB, selesaikan secara berperingkat

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengakui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan akan menyelesaikan hutang itu secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata tunggakan itu berlaku antaranya disebabkan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pihaknya tidak dapat keluar membuat kutipan dan ada dalam kalangan rakyat yang tidak membayar bil kerana bekalan air ketika itu kerap tiada.

“Berhubung kes ini, pihak TNB sudah datang berjumpa dengan kita dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian namun belum dimuktamadkan.

Kita akan adakan semula perbincangan lanjut dengan TNB untuk menentukan jadual pembayaran.

Malah, berdasarkan pengurusan AKSB yang bertambah baik ketika ini, insya-Allah kita akan selesaikan hutang mengikut jadual berkenaan,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau berkata AKSB sebelum ini sudah melunaskan tunggakan bayaran bagi bil elektrik yang lama mengikut jadual, namun ada beberapa jajahan dikenal pasti masih mempunyai tunggakan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata AKSB memiliki tunggakan bil elektrik kira-kira RM61 juta dengan TNB sehingga 30 Jun lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings