the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki Nigeria dan wanita Indonesia ditahan dalam kes love scam

MELAKA: Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan “love scam” dengan menahan tiga lelaki warga Nigeria dan seorang wanita Indonesia dalam serbuan di tiga unit pangsapuri di Taman Klebang Jaya awal pagi semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua individu terbabit berusia antara 39 hingga 47 tahun.

Polis turut merampas pelbagai peralatan seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM15,000 dalam operasi kira-kira jam 2.45 pagi itu.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi di premis tersebut sejak enam bulan lepas,“ kata Dzulkhairi dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek menjalankan kegiatan penipuan menerusi akaun Facebook menggunakan pelbagai nama samaran.

“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar, namun didapati menyalahgunakan dokumen berkenaan dengan menjalankan sindiket memperdaya mangsa,“ jelasnya.

Mangsa diperdaya dengan kata-kata manis sebelum diminta memindahkan sejumlah wang ke akaun e-dompet yang diberikan oleh sindiket tersebut.

Kesemua suspek kini direman sehingga 25 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings