the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengawal keselamatan didenda RM5,000 hina Nabi Muhammad SAW

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan membuat hantaran menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya pada April lepas.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Ramesh, 57, selepas beliau mengaku bersalah.

Jika gagal membayar denda, dia boleh dikenakan hukuman penjara lima bulan.

Ramesh didakwa secara sedar membuat hantaran komen jelik menerusi akaun Facebook “Ramesh Muniandy” pada 10.20 pagi, 11 April.

Hantaran itu kemudian dilihat di Kompleks Islam Putrajaya pada 12 tengah hari, 15 April.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pegawai pendakwa MCMC, Mohamad Farhan Kamarudin, memohon hukuman berat kerana kesalahan itu serius dan berpotensi menimbulkan kemarahan umat Islam.

“Komen tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan memberi kesan negatif kepada persepsi masyarakat,“ katanya.

Peguam Ramesh, P. Chandra Segaran, memohon hukuman ringan kerana anak guamnya berpendapatan RM1,700 sebulan dan perlu menyara keluarga.

“OKS tidak dapat mengawal diri ketika membuat hantaran itu dan kini insaf serta memohon maaf,“ kata peguam itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings