the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKDM Kuala Lumpur rampas 2.4 juta batang rokok seludup di Klang

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur merampas lebih 2.4 juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai dan bercukai lebih RM2 juta dalam satu serbuan di Klang, pada 9 Julai lepas.

Pengarahnya Wan Norizan Wan Daud berkata serbuan kira-kira 3 pagi itu dijalankan pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuala Lumpur hasil maklumat awam yang diperoleh tiga jam sebelum serbuan.

“Hasil risikan yang dilakukan sejak 12 tengah malam, pasukan kami menyerbu kawasan parkir kontena di Jalan Telekom, Kampung Johan Setia, Klang dan menemui sejumlah dagangan disyaki rokok putih dan kretek import yang merupakan barang larangan,” katanya pada sidang media berhubung serbuan berkenaan di Kompleks Kastam Kuala Lumpur di sini hari ini.

Wan Norizan berkata pemeriksaan mendapati rokok berkenaan disimpan dalam sebuah kontena bersaiz 12.1 meter yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan kekal sebelum diedarkan dan diagihkan kepada pembekal tempatan dengan harga pasaran sekitar RM7 sekotak.

Beliau tidak menolak kemungkinan rokok berkenaan diseludup masuk melalui jalan laut namun tiada tangkapan dibuat dalam serbuan tersebut dan siasatan masih dijalankan.

Wan Norizan berkata pengimportan dagangan itu memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam Malaysia selaras dengan Peraturan 42(1), Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tak berkastam atau larangan import,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan setakat Jun tahun ini, JKDM WPKL telah merekodkan 160 kes berkaitan rokok dengan nilai rampasan dianggarkan RM35 juta.

Beliau turut meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat, dengan jaminan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings