the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bantuan SARA rangsang jualan runcit, untungkan peniaga dan pembekal

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tingkatkan jualan runcit dan pembekal sehingga 40%, bantu aliran tunai dengan RM8 bilion untuk 8.1 juta penerima

KUALA LUMPUR: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi manfaat langsung kepada penerima bantuan dan merangsang aktiviti ekonomi peniaga runcit, pasar raya dan pembekal.

Setiap pembelian oleh penerima SARA menyuntik aliran tunai segar kepada peniaga, menunjukkan ekonomi berkembang apabila manfaat dirasai pelbagai lapisan rakyat.

Tinjauan di Pasar Raya BabaDona di ibu negara mendapati aktiviti jual beli rancak selepas bantuan itu dikreditkan ke akaun penerima.

Pengurus pasar raya itu, Kamal Zahurin Khalid berkata pelaksanaan SARA memberi impak positif terhadap jualannya.

“Dari segi jualan, memang terdapat peningkatan sejak SARA diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata proses pembayaran menggunakan kad pengenalan dilihat praktikal dan selamat serta jarang mengalami gangguan.

Kamal Zahurin berkata proses pendaftaran barangan pada peringkat awal agak mencabar tetapi kini bertambah baik.

Hampir 90% produk telah didaftarkan di bawah sistem SARA.

Seorang pengurus pemasakan pembekal, Zaitun Shahril Reza berkata SARA memberi impak besar kepada pembekal dengan peningkatan jualan 30 hingga 40%.

“Program SARA membantu meningkatkan jualan serta melancarkan rantaian bekalan kami,” katanya.

Beliau berkata banyak pasar raya melakukan pengisian semula stok dengan lebih cepat berikutan permintaan tinggi.

Pembekal yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada KPDN dan memenuhi kriteria ditetapkan.

Penyaluran SARA tahun ini melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan RM8 bilion.

Ia meningkat berbanding 5.4 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion pada tahun lepas.

Pengagihan bermula hari ini dikreditkan terus kepada penerima isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Sebanyak lima juta penerima menerima bantuan hari ini sebelum diluaskan kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories