the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

YSIJ dan Yayasan Sena sumbang RM300,000 untuk pembedahan lutut

Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Sena sumbang RM300,000 untuk 12 prosedur pembedahan pemulihan sendi lutut di Hospital Pakar Sena Segamat

JOHOR BAHRU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama Yayasan Sena menyumbang bantuan untuk prosedur pembedahan pemulihan sendi lutut.

Sumbangan bernilai RM300,000 itu bakal memberi manfaat kepada 12 pesakit terpilih di Hospital Pakar Sena Segamat.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semua prosedur akan dilaksanakan sepenuhnya di hospital tersebut.

Simbolik penyerahan replika cek disempurnakan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sena Tan Sri Dr Tan Boon Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian.

Kolaborasi sulung ini diadakan bersempena Majlis Perasmian Hospital Pakar Sena Segamat.

Mohd Anizam menyifatkan kerjasama itu sebagai permulaan yang sangat positif.

“Kami amat berharap agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi pada masa hadapan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories