the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hubungan kerajaan negeri-persekutuan penting untuk pembangunan Sabah – Hajiji

RANAU: Hubungan kukuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan dapat dilaksanakan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa kerjasama erat antara GRS dan PH telah membawa kemajuan kepada negeri ini.

“Kita mahu hubungan erat dengan kerajaan Persekutuan untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan lebih 400 inisiatif di bawah agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah dilaksanakan dengan kadar kejayaan 94 peratus.

Hajiji berkata kerajaan GRS-PH telah melaksanakan pelbagai program bantuan untuk pendidikan dan kebajikan rakyat.

“Tahun ini, kita memberi bantuan bulanan RM300 kepada hampir 100,000 golongan miskin tegar,” ujarnya.

Majlis Tertinggi GRS bersetuju mengekalkan kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.

Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November jika tidak dibubarkan lebih awal.

Hajiji turut menekankan komitmen kerajaan negeri dalam menangani kemiskinan melalui pembangunan bandar baharu.

Projek Bandar Baharu Paginatan dijangka memacu ekonomi tempatan selaras dengan pelan Sabah Maju Jaya.

Bandar baharu seluas 200 ekar itu akan dilengkapi kemudahan penting seperti pejabat kerajaan, perumahan kos rendah, dan pusat kesihatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings