the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Biotoksinlebihi had selamat, JPNS ambil sampel kedua kupang di Port Dickson

SEREMBAN: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) akan melakukan pensampelan kedua bagi kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson esok, susulan bacaan biotoksin melebihi paras selamat dikesan dalam sampel pertama.

Pengarah JPNS Kasim Tawe berkata keputusan ujian makmal dari Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) pada minggu lepas mendapati bacaan biotoksin melebihi 800 per bilion (ppb), menjadikan makan laut itu tidak selamat untuk dimakan kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan.

“Kami akan mengambil sampel kedua pada esok pagi sebelum larangan rasmi dikeluarkan dan keputusan makmal dijangka pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan agensi itu menasihatkan nelayan di perairan Port Dickson tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang buat sementara waktu.

Sebelum itu, Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang mendakwa mengesan fenomena yang dipercayai ledakan alga di Perairan Pasir Panjang – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings