the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aspirasi Malaysia 2040 selari dengan agenda perpaduan negara

KUALA LUMPUR: Aspirasi Malaysia 2040 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bukan sahaja mencerminkan cita-cita nasional, malah selari dengan aspirasi Kementerian Perpaduan Negara dalam membina negara bangsa.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata menjelang 2040, Malaysia akan menjadi sebuah negara bangsa saksama yang didiami penduduk hidup dalam masyarakat berteraskan keadilan sosial.

“Kita akan terus berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara sebagai tonggak perpaduan, dengan perpaduan dan kesatuan menjadi asas kemajuan negara.

“Pembinaan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah memerlukan sistem sosial yang utuh, berteraskan insan MADANI dan identiti nasional.

“Dalam konteks ini, penekanan akan diberikan kepada usaha melahirkan rakyat yang memiliki nilai kerohanian, sifat kemanusiaan serta jati diri yang teguh, di samping membina masyarakat saksama, harmoni, saling menghormati dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Minggu Harmoni Mesra 2025 sempena Hari Kebangsaan di Universiti UCSI Taman Connaught, Cheras di sini hari ini.

Aaron berkata pembentukan insan MADANI akan memberi tumpuan kepada reformasi sistem pendidikan dan penerapan semangat cintakan negara, manakala pembinaan masyarakat saksama dan progresif akan menekankan pengukuhan integrasi serta perpaduan, penyemaian semangat muhibah dan pemupukan budaya kesukarelawanan.

Katanya masyarakat Malaysia pada masa hadapan akan lebih bersatu padu, menghormati kepelbagaian agama, etnik dan latar belakang sebagai satu kekuatan yang menyatukan kita dalam semangat Malaysia MADANI.

“Nilai insaniah seperti hormat-menghormati, empati dan saling memahami akan terus diperkukuh untuk memastikan keharmonian sentiasa terpelihara.

Komitmen Kerajaan MADANI adalah untuk menjamin kehidupan yang selamat, aman dan bermaruah untuk semua rakyat.

“Marilah kita berganding bahu, menjadikan Aspirasi Malaysia 2040 sebagai panduan dan komitmen kita bersama demi masa depan negara yang lebih harmoni, makmur dan berdaya saing di pentas dunia,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Haslina Abdul Hamid dan Presiden dan Naib Canselor Universiti UCSI University Prof. Emeritus Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings