the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia raih RM3.29 bilion pelaburan AI, sasarkan sumbangan KDNK 25.5%

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menarik pelaburan diluluskan berjumlah RM3.29 bilion bagi sektor kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Malaysia Digital bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang berpotensi mewujudkan kira-kira 6,920 peluang pekerjaan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi Malaysia sebagai hab AI serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan negara dalam ekosistem digital global.

Sumbangan AI dan teknologi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 adalah 23.5 peratus dan kerajaan menyasarkan peningkatannya kepada 25.5 peratus menjelang akhir 2025.

“Saya yakin sasaran ini boleh dicapai berdasarkan perkembangan positif dalam pelaburan, pembangunan bakat serta pelaksanaan pelbagai kes penggunaan AI merentasi sektor,” katanya di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai kemajuan dicapai oleh Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) setakat ini serta sumbangan terhadap pembangunan AI.

Menjelaskan selanjutnya, Gobind berkata pencapaian ini juga selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 yang berteraskan data, bakat dan infrastruktur bagi memastikan manfaat teknologi dapat dimaksimumkan untuk ekonomi dan rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings