the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak peruntuk RM600 juta beri pendidikan tinggi percuma tahun depan

SIBU: Kerajaan Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan.

“Walaupun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, yang disempurnakan oleh menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings