the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan laksana SST buah import tangani penyeludupan – PM Anwar

KOTA BHARU: Perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import adalah langkah kerajaan untuk menangani isu penyeludupan berterusan di negeri bersempadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan cukai itu juga bagi mendorong rakyat supaya lebih mengutamakan buah-buahan tempatan.

“Ada orang marah apabila buah-buahan import dikenakan cukai tetapi ini cara saya untuk memastikan orang ramai membeli buah-buahan hasil tempatan.

“Jika tidak, selamanya akan ada penyeludupan melalui kawasan sempadan seperti di Sungai Golok, Kelantan, Kedah (Bukit Kayu Hitam) dan Perlis (Wang Kelian dan Padang Besar),” katanya.

Beliau yang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata setakat ini buah-buahan import seperti limau dan epal masih dikecualikan daripada SST.

Pada masa sama, Anwar memuji kualiti buah avokado tempatan dari Sabah yang didapati lebih baik berbanding produk import.

“Jadi, kita mempunyai pilihan. Saya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Kelantan mengenai potensi tarikan ekonomi di negeri ini.

“Negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Sarawak sudah memiliki kekuatan ekonomi tersendiri dan kerajaan boleh memberikan lebih banyak autonomi kepada mereka,” katanya.

Pada 27 Jun lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican berkata walaupun buah-buahan import tertentu seperti strawberi, beri biru dan avokado kekal dikenakan cukai di bawah peluasan SST, pengecualian untuk epal dan oren bertujuan meringankan beban kewangan pengguna, memandangkan penggunaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia- BERNAMA

– BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings