the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kubur Zara Qairina digali semula untuk siasatan lengkap – Saifuddin

MACHANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dilaksanakan susulan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam.

“Pihak polis akan melaksanakan keputusan itu. Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) pagi tadi bahawa pihak polis akan segera melakukan prosedur seterusnya.

“Tumpuan polis adalah untuk mengemas kini siasatan, mengumpul semua bukti, dan dalam menjalankan tugas ini, pihak polis tidak akan berkompromi dengan prinsip keadilan kerana kita perlu berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk keluarga arwah Zara dan pihak sekolah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Machang, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution turut memberi jaminan polis akan memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.

AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.

Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata prosedur bedah siasat (post-mortem) dan penggalian semula (exhumation) akan dilaksanakan dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperoleh.- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings