the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JSJK minta ahli perniagaan tampil bantu siasatan dakwaan penipuan terbaharu

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau Rita Sosilawati diminta tampil memberi maklumat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berhubung dakwaan taktik penipuan terbaharu susulan kiriman bungkusan berisi ganja ke kediaman keluarganya oleh individu tidak dikenali.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

“Kita minta individu terbabit tampil membuat laporan (secara terus kepada pihak JSJK) supaya siasatan boleh dilakukan,” katanya pada sidang media JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, media melaporkan Rita memuat naik hantaran di akaun Threads miliknya mendakwa dia dianiaya selepas adiknya menerima satu bungkusan mencurigakan di kediaman ahli keluarganya.

Menurut hantaran itu, walaupun alamat pada bungkusan adalah kediaman adiknya, mereka tidak mengenali nama penerima.

“Scam terbaru, alamat rumah pun dah tak selamat. Semalam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) datang rumah adik. Mereka kesan bungkusan (parcel) alamat rumah yang (dihantar) dari Thailand mengandungi ganja seberat tujuh gram,” menurut hantaran tersebut dan Rita turut memaklumkan laporan polis telah dibuat – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings