the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buruh didakwa edar 65kg kanabis di Pasir Mas

PASIR MAS: Seorang buruh lelaki berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas atas pertuduhan mengedar 65 kilogram kanabis.

Zulhakimy Aiman Suhairuddin didakwa bersama dua individu lain yang telah dituduh sebelum ini.

Perbuatan itu dikatakan berlaku dalam sebuah kereta di hadapan rumah kedai di Kampung Pak Jak, Alor Pasir pada 22 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman gantung atau penjara seumur hidup.

Selain itu, jika tidak dihukum mati, dia akan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Baihaqy Mohd Saidi dan Syazalia Che Suhaimin.

Tertuduh tidak diwakili oleh peguam dalam prosiding tersebut.

Mahkamah menetapkan 2 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings