the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UiTM hentikan pengambilan pelajar pascasiswazah luar negara

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesahkan pengambilan pelajar program pascasiswazah dari luar negara telah dihentikan sejak setahun lepas, selaras dengan matlamat penubuhan universiti yang khusus untuk bumiputera.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian terperinci dengan menjadikan asas penubuhan UiTM sebagai paksi utama. “Kita memang sudah setahun tidak mengambil pelajar antarabangsa secara langsung dan ketika ini hanya menunggu pelajar sedia ada menghabiskan pengajian,“ katanya.

Beliau menegaskan, Akta 173 UiTM secara jelas menyentuh Perkara 153, menjadikan universiti sangat teliti dalam memenuhi peruntukan asal penubuhannya untuk membantu bumiputera. Namun, UiTM masih mengambil pelajar luar negara untuk program pertukaran mahasiswa bagi memastikan suasana pembelajaran mempunyai elemen antarabangsa.

Mengenai dakwaan Suara Siswa UiTM bahawa Program UiTMSeat Plus menimbulkan kebimbangan, Shahrin menjelaskan bahawa saluran tersebut bukan ruang utama pengambilan pelajar. “Hanya 46 daripada 199,000 pelajar masuk melalui UiTMSeat Plus, membuktikan keutamaan masih diberikan kepada pelajar B40 melalui Unit Pusat Universiti (UPU),“ katanya.

Suara Siswa UiTM sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung ketidakadilan program tersebut, di mana pelajar berpendapatan rendah perlu membayar yuran tanpa subsidi jika masuk melalui UiTMSeat Plus.

Sebelum itu, lebih 2,000 peserta menyertai acara Jalan-Jalan Kemerdekaan di sekitar kampus UiTM, mengenakan busana berwarna Jalur Gemilang sambil melaungkan ‘Merdeka’ dan menyanyikan lagu patriotik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings