the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas maut dirempuh kereta ketika lintas jalan di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan sebaik turun dari bas di Kilometer 42 Jalan Sungai Rengit di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata wanita tempatan berusia 55 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.10 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak mangsa yang sedang berlari melintas jalan setelah turun dari bas.

“Pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 51 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof pada masa sama menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika di jalan raya. . – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings