the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kolaborasi PBK dan LKW perkasa pembangunan luar bandar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Pendekatan kolaboratif antara Pihak Berkuasa Koridor (PBK) dan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) perlu dijadikan teras dalam merancang pembangunan luar bandar yang lebih progresif dan berdaya tahan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perancangan tersusun dan pelaksanaan berasaskan realiti setempat mampu menjamin pembangunan wilayah mapan. “Gabungan kekuatan PBK sebagai perancang strategik dan LKW sebagai pelaksana komuniti boleh mewujudkan kerjasama lebih berimpak,“ katanya melalui hantaran Facebook.

Di bawah Pelan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026-2030, kerajaan memberi tumpuan kepada transformasi ekonomi desa melalui Hab Pelaburan Desa yang inklusif dan lestari. Ahmad Zahid menegaskan hab ini bukan sekadar projek fizikal tetapi simbol kemajuan desa baharu yang menghubungkan potensi lokal ke pasaran global.

Antara kerjasama sedia ada termasuk pembangunan Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) oleh KEDA di Baling, serta perkongsian sumber antara NCIA dan PERDA untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR INTAN). Projek lain melibatkan Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dengan sokongan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melalui kerjasama KETENGAH dan KESEDAR.

KEJORA turut menyokong pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). “Sinergi ini akan jadi tonggak penting bagi masa depan luar bandar Malaysia,“ tegas Ahmad Zahid.

Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Bersepadu PBK-LKW hari ini mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh kerjasama antara perancang wilayah dan pelaksana akar umbi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings